Terkini

Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

5 Pilihan Lokasi Jeti Pendaratan Ikan Di Selangor

1:25:00 PTG

Jeti ini terletak di kawasan pantai Selangor dan merupakan sumber makanan laut segar yang baik dan murah. Masa terbaik untuk melawat jeti ini adalah pada seawal pagi sambil menunggu nelayan membawa hasil tangkapan mereka.



Anda boleh menemui pelbagai makanan laut di salah satu lokasi jeti yang menjadi pilihan termasuk ikan, udang, ketam dan sotong. Harga biasanya sangat berpatutan dan segar. Berikut adalah beberapa lokasi jeti pendaratan ikan di Selangor.


1. Pasar Nelayan, Kuala Selangor

Pasar Nelayan Kuala Selangor biasanya aktif pada waktu pagi, seawal 7 pagi hingga sekitar tengah hari. Namun, pastikan untuk memeriksa waktu operasi pasar ini terlebih dahulu, kerana ia mungkin berbeza mengikut faktor-faktor seperti musim dan hari-hari tertentu.



2. Jeti Bagan Pasir, Tanjung Karang

Selain menjadi pusat aktiviti nelayan, Jeti Bagan Pasir juga merupakan tempat yang popular di kalangan pengunjung yang ingin menaiki bot atau perahu untuk merasai pengalaman melawat Tanjung Tuan, di mana terdapat mercu tanda bersejarah seperti Mercu Tanda Tanjung Tuan (Cape Rachado lighthouse) dan pantai-pantai yang indah.


3. Pasar Ikan Pantai Remis, Kuala Selangor

Selain ikan segar, pasar ini juga menawarkan produk-produk laut lain seperti kerang, ketam, dan keropok ikan. Anda juga boleh mencuba hidangan laut segar di beberapa restoran dan kedai makan di sekitar pasar ini.


4. Jetty Pekan Lama Kuala Selangor

Jeti Pekan Lama Kuala Selangor juga merupakan tempat yang strategik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang terkenal di Kuala Selangor. Banyak pengunjung mengunjungi jeti ini untuk menikmati keindahan alam semulajadi semasa matahari terbenam.


5. Pasar Ikan Pasir Penambang, Kuala Selangor

Jika anda berminat untuk mencari ikan segar atau makanan laut di Kuala Selangor, Pasar Ikan Pasir Penambang adalah tempat yang baik untuk dikunjungi. Anda boleh membeli bahan-bahan segar dan menikmati hidangan laut yang lezat di kawasan ini.


Berikut adalah nasihat untuk membeli makanan laut di jeti:

* Tiba seawal pagi untuk mendapatkan hasil tangkapan yang segar.

* Rajin bertanya kepada nelayan tentang jenis makanan laut yang mereka ada.

* Pastikan anda tawar-menawar untuk harga terbaik.


5 Tempat Percutian Perkhemahan Terbaik di Terengganu

11:53:00 PG

Terengganu merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan pantai yang menarik. Terdapat beberapa lokasi perkhemahan menarik di Terengganu yang boleh anda pertimbangkan.


1. Rembulan Escape:

Rembulan Escape ialah sebuah resort chalet kecil, depan pantai milik persendirian dan dikendalikan yang terletak di perkampungan nelayan di Kampung Mangkuk, Setiu di negeri Terengganu, Malaysia.



2. Pulau Redang:

Pulau Redang terkenal dengan pantai yang indah dan terumbu karang yang menakjubkan. Terdapat beberapa pusat peranginan yang menawarkan kemudahan perkhemahan di pulau itu, yang akan membolehkan anda menikmati pantai dan alam semula jadi yang menakjubkan.



3. Taman Laut Pulau Perhentian:

Terletak di Terengganu Timur, Taman Laut Pulau Perhentian merupakan destinasi perkhemahan yang popular di kalangan pelancong. Pulau-pulau dalam taman marin ini menawarkan pantai yang indah, aktiviti menyelam dan snorkeling serta kemudahan perkhemahan.


4. Hutan Riadah Chemerong:

Hutan Riadah Chemerong terletak di kawasan Dungun, Terengganu, menawarkan pengalaman berkhemah yang tenang di dalam hutan tropika. Anda boleh menikmati air terjun, berjalan di trek dan meneroka keindahan semula jadi kawasan ini.


5. Taman Semula Jadi Kuala Ibai:

Taman Semula Jadi Kuala Ibai terletak di Kuala Terengganu dan menawarkan kemudahan perkhemahan dengan pemandangan tasik yang menarik. Anda boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berjalan di taman dan menikmati keindahan alam semula jadi.


Pastikan anda menyemak dengan pihak berkuasa tempatan atau dapatkan nasihat pakar perkhemahan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang syarat dan kemudahan perkhemahan di lokasi ini sebelum merancang lawatan anda.


Advertisement

Aneka Colek di Farrah Cafe berdekatan Chabang Empat Tumpat, Kelantan

3:27:00 PTG

Lokasi kedai makan yang menjadi pilihan ketika berada di tumpat kelantan adalah Farrah Cafe.



Kami diberitahu cafe ini menyediakan dua lokasi meja makan yang berbeza iaitu mempunyai penghawa dingin indoor dan jenis outdoor pada kami ia sangat sesuai untuk yang berkeluarga dan perokok.


Cafe ini menyediakan masakan panas, colek dan pelbagai jenis minuman kelas teratas untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.




Cafe ini dari penilaian kami memang sangat selesa dan menepati citarasa pelangan dari faktor menu hidangan kami lihat ia dihiasi dengan penuh keunikkan serta mampu menarik selera pada sesiapa yang melihat.


Ketika kami datang mengunjungi untuk menikmati sajian dari cafe ini, dari segi tempat letak kenderaan(parkir) memang tiada masalah kerana sentiasa mempunyai ruang yang mencukupi.



Walaupun lokasi cafe ini terletak betul² tepi jalan utama namun pada siang hari memang sukar untuk terlihat salah satu faktor adalah faktor pencahayaan yang digunakan pada setiap pemilik restoran di kelantan dimana jika kita jalan pada waktu malam memang merata ada kedai makan berbanding pada siang hari yang agak sukar untuk lihat jika lalu menggunakan kelajuan kereta.



Popia sayuran? yeah disaluti dengan sos cili manis dan dihiasi bersama sayuran seperti touge supaya ia nampak lebih enak dan berseri.



Ini pula hidangan pencuci mulut yang sangat unik kerana idea yang dicurahkan memang mampu menarik perhatian kami untuk mencuba kerana disertakan sekali dengan aiskrim.



Kelantan terkenal dengan makanan Colek-colek pada mulanya kami fikir ia adalah buah-buahan sahaja namun bila sampai disini hampir kesemua jenis hidangan yang ber-sos turut di panggil colek tidak kisah ia adalah paru atau ayam dan lain-lain.


Kami juga diberitahu bahawa makanan colek-colek ini sangat terkenal ketika di bulan puasa kerana ia boleh dijadikan sebagai hidangan moreh selepas solat sunat terawih.


Advertisement

Restoran Western Kota Bharu, Kelantan - KB Burger Bakar

10:27:00 PG

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai makanan tempatan dan dibawa masuk dari Siam maklumlah bersebelahan.



Juga mempunyai 8 buah daerah salah satu daedah yang yang membangun adalah kawasan Kota Bharu, lokasi ini boleh dikatakan pusat bandar bagi warga kelantan dan oleh sebab itu banyak yang melabur buka perniagaan di pusat bandar kota bharu.


Para pelancong juga tidak terlepas dari mengunjungi Kota Bharu untuk menikmati pelbagai lokasi kedai makan yang dibuka oleh rakyat tempatan, disini turut mempunyai pasar karat seperti di Kuala Lumpur cuma ia bukanlah bermakna menjual barangan hasil dari mencuri.


Ia lebih kepada car boot sale tepi jalan yang terletak di sekitar kota bharu, pengunjung di Kota Bharu pasti tidak terlepas pandang Pasar Besar Siti Khadijah dimana nama asalnya adalah Pasar Besar Buluh Kubu walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu arwah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.



Kedai Makan Ala Hipster Di Kota Bharu?


Ya, sudah pasti ada selagi mana ia masih dianggap trending oleh masyarakat bandar dan luar bandar. Restoran pilihan kami adalah KB Burger Bakar yang terletak di alamat Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.



Dibuka setiap hari kecuali jumaat kerana di kelantan dan johor telah mula menetapkan hari cuti bagi umat Islam adalah jumaat. Waktu perniagaan pula bermula dari 4.30PM- 1.00AM.


Mungkin ada yang ingin mencuba hidangan lain selain dari makanan tradisi di kelantan namun restoran ini salah satu pilihan kami buat masa ini dimana mereka menyediakan hidangan burger bakar dan ala western serta mempunyai pilihan kualiti daging import.



Suasana dalam restoran juga agak baik kerana tidak mencampur aduk dengan pelangan yang merokok, dimana perokok disaran menggunakan meja makan diluar restoran bagi menghormati pelangan yang ada anak kecil.


Namun begitu harga hidangan di restoran ini tidaklah begitu menetapi citarasa pelangan yang mahukan penjimatan, cuma kami agak berpuas hati terhadap daging burger mereka yang tebal lagi empuk.



Akhir sekali kami dapati ada beberapa kelemahan terhadap cara penyedian terhadap hidangan mereka dan telah maklum kepada supervisor mereka yang bertugas supaya dapat diperbaiki.


Ingin mencari lokasi penginapan di sekitar kota bharu, kelantan boleh menggunakan kotak sistem carian Agoda dibawah supaya boleh membuat bajet sebelum menempah.


Percutian Singkat Di Bandar Brinchang, Cameron Highland

5:24:00 PTG

Cameron Highland terkenal dengan keindahan pemandangan ladang yang menghijau serta mempunyai udara yang sejuk lagi nyaman.



Tanah Tinggi Cameron dahulu boleh dikatakan kawasan percutian peranginan kerana ia memiliki udara sejuk tambahan lagi jika di ketika malam hari dimana tiupan angin dari luar tingkap pun sudah mampu menggantikan penghawa dingin.


Ketika perjalanan dari Kelantan menuju Kuala Lumpur pasti akan lalu gua musang dan jika kita ingin naik ke tanah tinggi Cameron dari masjid Lojing penghujung jalan dia adalah Tapah, Perak dan terus keluar lebuhraya plus utara-selatan lokasinya agak startergi kerana berada di tengah-tengah antara negeri perak dan kelantan manakala Cameron adalah sebahagian dari tanah Pahang.


Pengalaman kami ketika memandu menuju ke Cameron melalui Lojing, Kelantan. Keadaan permukaan jalan raya tidak begitu cantik dan mempunyai banyak spot jalan berlubang serta tanah runtuh dan mujur setiap lokasi itu mereka meletakkan papan peringatan supaya pemandu dapat mengelak.



Udara Tanah Tinggi Cameron masih sejuk seperti dahulu?


Ini adalah pertanyaan yang sering ditanya, jawapan kami adalah anda harus membuat sedikit sebanyak kertas kerja berdasarkan geografi dimana lokasi yang tinggi dan mempunyai hijauan pokok semestinya masih mempunyai udara nyaman dan sejuk.


Manakala jika anda lewati kawasan bandar seperti Tanah Rata dan bawah dari itu, udara sudah tidak begitu sejuk kerana faktor pembangunan yang tidak terkawal oleh manusia yang gilakan keuntungan.


Bandar Brinchang adalah kawasan pilihan kami kerana kelihatan masih kurang dengan pembangunan namun ketika kami mengunjungi sudah ada bangunan-bangunan sedang sibuk dibina. Oleh kerana itu kiraan kami dalam tempoh kurang dari 10 tahun bandar Brinchang pasti akan mengalami perubahan iklim dan ketika itu tempat penginapan sudah mula kena memasang penghawa dingin untuk pelangan.


Lokasi sarapan pagi pilihan kami di Brinchang



Memilih lokasi sarapan juga penting bagi kami kerana inginkan udara nyaman maka gerai tepi jalan adalah tempat terbaik. Disini mempunyai gerai yang menjual hidangan nasi lemak ayam berempah dan roti canai paling penting ia berdekatan dengan masjid.



Harga makanan disini jangan hairan jika ada sedikit perbezaan dari tempat korang sebabnya segala bahan-bahan mereka mungkin dibawa dari bawah kecuali sayuran.


Kos penginapan pula bergantung pada hari tertentu jika pergi waktu kemuncak sudah pasti ia mahal manakala kami pula datang waktu bekerja dapatlah separuh harga. Paling menarik ada kelompok yang mengambil keputusan tidak menginap mana-mana hotel salah satu sebab adalah membazir jika berjalan dari pagi hingga malam.


Untuk pengetahuan kita bersama lokasi-lokasi menarik untuk bergambar semuanya berbayar ya jadi jangan mimpi nak dapat pemandangan yang cantik ketika bergambar kecuali terpaksa keluarkan duit dan bayar di kaunter semata-mata untuk ambil gambar di kawasan dalam.


Sekarang pula musim hujan maka dapatlah pengunjung menikmati suasana sejuk diatas dan waktu tengah hari pula jika tidak hujan cuaca tetap terasa bahang kepanasan dan disarankan cari tempat berteduh jangan pula korang berlagak duduk bawah sinaran matahari macam di korea konon.


Mencari penginapan bersesuaian dengan bajet, boleh cuba kotak carian agoda dibawah



Percutian Singkat Ke Temerloh - Go'Bang Maju

11:49:00 PG

Negeri Pahang tidak hanya terkenal dengan lokasi percutian malah ia turut mempunyai tarikkan ikan patin tempoyak yang superrr!!



Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh memakan masa sekitar dua jam jika kekalkan pemanduan yang baik dan paling penting ia bukan pada hari perayaan atau cuti sekolah.


Jika pergi ketika musim cuti haaa mendapatlah korang kesesakkan lalu lintas yang luar biasa apa pun sila rancang perjalanan terdahulu sebelum membuang masa diatas jalan raya.



Ikan patin tempoyak di Temerloh patut anda cuba.


Setelah puas pusing temerloh maka perut pun sudah mula memberikan signal luar biasa maka kami pun mencari lokasi ikan patin tempoyak yang terdekat iaitu Go'Bang Maju yang betul-betul berada di tepi jalan berbanding yang lain-lain ada yang kata kena masuk kawasan pendalaman.



Hidangan yang diperkenalkan oleh restoran ini sungguh unik kerana lauk-pauk yang disediakan semua sudah berada didalam piring atau bekas masing begitu juga set nasi yang telah disertakan daun salad dan sambal belacan.


Kami memuji restoran ini kerana harga lauk pauk telah ditetapkan mengikut pingan atau mangkuk, maksudnya korang hanya ambil sahaja mana-mana lauk pauk yang telah disediakan itu kerana setiap kuantiti lauk dalam bekas itu sudah pun diletakkan harga tetap.


Cara perniagaan mereka jauh berbeza dari kedai nasi campur yang masih mengekalkan harga tidak menentu kepada pelangan setianya. Kebiasaan jika kita menikmati makanan di kedai nasi campur yang hari-hari kita datang tapi malangnya terpaksa membayar harga yang berlainan setiap hari walaupun hidangan lauk yang sama.



Pendapat dari pemilik restoran berkata semalam kuantiti lain hari ini kuantiti pun sudah pasti berbeza dan oleh kerana itu harganya turut berbeza setiap hari. Nahh, logik tak jawapan dari pemilik kedai makan nasi campur?? manakala pendapat pelangan pula ia sudah pasti tidak masuk akal disebabkan tiada cara untuk sukat kuantiti hidangan itu.


Jadi apa yang kami dapat pelajari dari perniagaan Go'Bang Maju adalah pemiliknya sudah menyukat lauk pauk bersama harga mereka menggunakan piring atau bekas yang disediakan dan pelangan hanya perlu ambil berapa bekas yang diperlukan.


Cari penginapan bajet di kawasan Temerloh, sila gunakan kotak carian agoda dibawah.


Tempat Menarik Di Selangor Yang Patut Anda Kujungi

1:53:00 PTG

Negeri Selangor Bukan Sahaja Memiliki Lokasi Menarik Malah Turut Akan Membuatkan Pelancong Rasa Teruja.



Negeri Selangor merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia iaitu di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.


Kepada yang belum tahu lagi tu tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada asalnya adalah milik negeri Selangor. Tapi oleh kerana politik maka tertubuhnya sebuah negeri persekutuan kuala lumpur dimana pada masa itu ia dianggap sebagai pusat bandar.


Bila sudah berada di negeri Selangor ini sudah pasti ramai yang sedang mencari aktiviti apakah yang boleh dilakukan atau mungkin ada yang sedang mencari lokasi kedai makan yang sedang trending.



#1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon ialah sebuah taman tema air di Bandar Sunway, ia juga boleh dikatakan satu-satunya taman tema air yang telah lama beroperasi.



#2. Bukit Tabur

Kepada yang suka cabaran atau mendaki bukit ini juga adalah salah satu tempat yang korang boleh panjat, Bukit Tabur adalah bukit yang terletak di Taman Melawati, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Bukit ini amat menonjol dan boleh dilihat dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur. Bukit ini yang setinggi 396 meter, merupakan genting quartz.



#3. Kidzania

Yang ada anak kecil anda mungkin patut lewati tempat ini, KidZania merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil.



Selebihnya sila lihat pautan Traveling with Google.


Lepas berjalan kesana dan kesini pasti korang akan terasa lapar, maka dibawah ada beberapa senarai makanan sedap yang patut dicuba. Mungkin tidak mengikut citarasa anda tapi anda patut cuba masakkan dari restoran-restoran yang terpilih.


#4. OCEAN HAUZ

Kepada yang gilakan makanan laut, anda boleh cuba makanan shell out bangi iaitu restoran OCEAN HAUZ dimiliki 100% bumiputra sila lihat lokasi di pautan ini http://www.oceanhauz.com.my/ nah kami belanja gambar mira filzah sikit.



#5. Austin Steak House

Kepada penggemar makanan western boleh cuba kunjungi restoran ini kerana ia pasti membuatkan anda rasa ingin datang lagi kerana meja dia memang penuh dengan pelangan, dibawah in kami kongsikan sedikit gambaran hidangan dia yang sedang berasap merecik hawau alamat boleh lihat di pautan Google.



#6. Restoran Golek Golek

Ini pula tempat makan menarik di gombak, iaitu memiliki suasana pemandangan yang menarik disebabkan terlihatnya rumah melayu yang lama bersamaan dengan hidangan masakkan melayu yang super sedap dan restoran ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja mungkin atas kerana faktor cuaca manakala lokasi pula anda boleh cuba waze atau lihat di pautan Google.



#7. Subak Restaurant

Restoran ini pula boleh dikatakan dalam kategori tempat makan romantik di kuala lumpur kerana pihaknya menyediakan perkhidmatan deco untuk pelangan yang inginkan layanan romantik buat pasangan. Pada masa sama pemandangan dia juga sangat mengujakan kerana mempunyai pohon-pohon yang menyejukkan suasana romantik dan sunyi manakala hidangan makanan pun tidak kurang bagusnya bagi yang ingin cuba boleh guna waze atau lihat pautan Google.



#7. ALANNA'S Kitchen

Restoran ini adalah pilihan terakhir dari kami iaitu boleh dikatakan tempat makan menarik di ampang yang menyediakan hidangan masakkan yang sedap boleh cuba waze atau lihat pautan Google.



Masih banyak lagi tempat menarik sebenarnya dan kami akan kupaskan satu persatu tempat menarik yang lain untuk anda lagi pada masa akan datang. cekidot!


Percutian Singkat Di Cameron Highlands, Pahang

9:44:00 PTG
Gambar Di Ambil Oleh Asus Zen 5

Percutian singkat di Cameron Highlands, Pahang . Sebenarnya telah lama merancang tapi nak dijadikan cerita bangun dari tidur pada hari sabtu, isteri terus buat kejutan dengan mengajak berjalan ke Cameron Highlands, apa lagi kami pun bergegas bersiap dan terus memulakan perjalanan tanpa melakukan tempahan penginapan terlebih dahulu juga menggunakan jalan lama sedikit tujuan murahkan kos Tol ke Tapah, setelah masuk ke lebuhraya kami pun sempat berhenti rehat mengisi perut dengan roti gardenia dan meneruskan perjalanan.

Carian Google

Oleh kerana baru pertama kali memandu kereta ke Cameron Highlands dengan jalannya agak mencabar. Ketika itu kami boleh dikatakan diantara orang yang awal memulakan perjalanan ke sana jadi tidak perlulah mengadap kesesakkan lalu lintas cuma cuaca pada ketika itu tidak berapa mengizinkan dan kami juga telah ditemani hujan.

Setelah melalui Ringlet dan kami pun berhenti di Bharat Tea dalam jam 5 petang untuk mengambil gambar pemandangan secara dekat dengan dikenakan bayaran RM2 satu kepala. Sempat bertanya buka sehingga jam berapa pada penjaga pintu masuk ke ladang teh Bharat Tea katanya ia akan ditutup pada jam 7pm setiap hari.

iPendamping

Kalau anda tidak mahu dikenakan bayaran RM2 bolehlah beramai-ramai parking di bahu jalan atas sikit dari Bharat Tea kerana penulis lihat disana kelihatan ramai yang berhenti untuk mengambil gambar dari jauh bukan macam kami ini teruja sampai sanggup bayar untuk bergambar lebih dekat.

Setelah siap sesi bergambar kami pun meneruskan perjalanan ke bandar Tanah Rata cuba mencari tempat penginapan. Sampai sahaja kami di bandar memang agak mengejutkan kerana tiada sedikit pun ruang tempat letak kenderaan untuk bertanya mana-mana hotel yang masih ada kekosongan.

Tanpa melengah lagi kemi teruskan perjalan ke Brinchang kami terus berhenti berdekatan kawasan penginapan dan mujur setiap papan perniagaan hotel tersebut mempunyai nombor untuk dihubungi. Setelah siap dihubungi hotel yang masih mempunyai kekosongan iaitu hotel Flora De Cottage kami pun dapat satu bilik yang mempunyai tingkap juga mempunyai parking kenderaan betul-betul di pintu masuk hotel berharga RM150 semalam.

Hotel Flora De Cottage

Seperti yang anda sedia maklum kebanyakkan hotel di Cameron Highlands tidak memerlukan penghawa dingin. Ketika itu penulis nak buka kipas pun tak lalu lagikan korang minta penghawa dingin ? ish jangan buat pasal mahu kejung satu badan anda nanti, kena pula ketika hujan gerimis membasahi bumi.

Dalam keadaan cuaca sejuk perut pasti akan merungut meminta makanan, fuhhh! mujur isteri bawa bungkusan mee segera yang bakal direndam oleh kami untuk memanaskan suasana. Tidak cukup dari mee segera kami buat keputusan untuk keluar mencari restoran berdekatan untuk bungkus makanan terutamanya nasi dengan kos serendah RM9.50.

Keesokkan harinya ahad selepas subuh lagi kami sudah bersiap untuk keluar mencari sarapan pagi. Dalam pening-pening cari tempat bersarapan isteri terpandang ada gerai yang menjual nasi kerabu , nasi lemak dan lain-lain dengan harga berpatutan. Maklumlah ramai yang ingat makanan di atas ni semuanya mahal-mahal belaka, jadi kos sarapan pagi kami cumalah RM6.50.

Pendamping Dan Peneman

Setelah itu kami pun berangkat ke ladang Strawberry Park yang hanya dibelakang kami sahaja, oleh kerana kenderaan kami sudah cantik parking betul di depan pintu hotel jadi kami pun membuat keputusan untuk berjalan kaki.

Ketika itu juga kami paling awal berada di Strawberry Park , sempat juga swafoto maklumlah masih tiada pengunjung pada ketika itu dan teruskan pendakian kami sehingga jumpa kaunter strawberry . Kami difahamkan boleh memetik buah strawberry sendiri dengan syarat harus meletakkan deposit sebanyak RM50 dan harga setengah kilo strawberry adalah RM25 sahaja.

Gambar Di Ambil Oleh Asus Zen 5

Lepak hingga jam 10am kami pun pulang ke hotel untuk rehat kerana jam 12pm sudah kena keluar dari tempat penginapan. Dalam perjalanan nak turun dari Cameron Highlands jalan sudah mula sesak sehingga lebih dari 4 buah kenderaan depan kami telah membuat keputusan untuk berpatah balik.


"Have a great trip!"
 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)