Terkini

Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan "Jiwa Merdeka" - Malaysia Madani

11:45:00 PG

Hari Malaysia, juga dikenali sebagai hari kebangsaan di Malaysia yang memperingati pembentukan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia disambut pada 16 September setiap tahun untuk menandakan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura yang berkuat kuasa pada tengah malam 15 September 1963 namun pada 9 ogos 1965 Singapura telah keluar dari persekutuan Tanah Melayu.


Jiwa Merdeka, adalah tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 yang menekankan perpaduan pelbagai kaum. Tema ini juga melambangkan kebebasan rakyat dari elemen negatif. Namun begitu sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu teguh tanpa kira bangsa dan agama demi memastikan keamanan negara dalam keadaan stabil.



Sambutan ulang tahun hari Malaysia ke-61 juga telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan lebih 40,000 pengunjung yang hadir di Padang Merdeka bagi meraikan walaupun dikatakan ketika hujan telah membasahi bumi Sabah.


Di lokasi lain turut melangsungkan aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna, Melukis, Fotografi dan lain-lain sempena hari kebangsaan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pada malam 15 September 2024 turut ada acara 'Bukit Bintang Berselawat 2.0' yang telah dijayakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Sekian sedikit sebanyak penulisan berkaitan Hari Malaysia.


HariMalaysia


Gaya Hidup Sihat : 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

1:19:00 PTG

Gaya hidup sihat melibatkan keseimbangan dari pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal, mental emosi dan rohani.


gaya hidup sihat

Tahukah anda tubuh badan kita juga seperti mesin dimana perlu dijaga dengan baik oleh itu sila pastikan emosi sentiasa berada dalam kondisi yang baik.


Dibawah mempunyai beberapa perkara boleh cuba amalkan supaya dapat menjalani gaya hidup sihat dengan tenang dan gembira.



1. Beribadah - Menjaga Solat dan melakukan hal kebaikan bagi orang muslim sangatlah penting kerana ia menandakan kita sentiasa dekat dengan Allah maha besar.

2. Sedekah - Amalan bersedekah ini bukan sahaja dapat menyucikan harta namun ia turut mampu menenangkan jiwa serta rohani seseorang.

3. Makanan Berkhasiat - Miliki pola makanan sihat dari pelbagai jenis makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayuran, biji-bijian, protein sihat dan lemak sihat. Elak makanan segera seperti fast food dan makan dalam kuantiti sederhana.

4. Bersukan/Bersenam - Melakukan aktiviti fizikal secara teratur ini termasuk berjalan kaki, berlari, berbasikal, berenang atau bersukan yang diminati anda.

5. Rehat/Tidur - Pastikan tidur anda menerima jumlah yang mencukupi, biasanya antara 7-9 jam untuk orang dewasa. Tidur yang cukup diperlukan untuk pemulihan fizikal dan mental serta untuk keseimbangan hormon oleh itu pastikan tidur awal diwaktu malam.

6. Tabiat Buruk - Elak dari merokok mahupun asap rokok, kurangkan alkohol bagi(Non-Muslim) dan penggunaan barang terlarang seperti dadah.

7. Menjaga Mental - Berbual dengan seseorang yang rapat jika anda mengalami masalah emosi serta dapatkan nasihat dari pakar kesihatan mental.

8. Positif - Sentiasa dalam keadaan tenang dan berfikiran positif kerana ia sangatlah membantu dari melakukan perkara yang buruk.


Akhir kata sila hargai orang sekeliling terutama jiran-jiran kerana tanpa komunikasi yang baik mungkin akan berlaku salah faham sekaligus akan ganggu emosi setiap masa.


Advertisement

Diskaun Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31MAC2024

10:21:00 PG

Peminjam diberi kesempatan untuk membuat bayaran balik dengan beberapa kaedah yang ditawarkan oleh ptptn.


diskaun ptptn 31 mac 2024

Belanjawan 2024 bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman ptptn.



Beberapa kaedah yang ditawarkan oleh PTPTN adalah seperti berikut

- Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

- Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran

- Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.

- KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.


ptptn

Advertisement

Cara Tambah Duit Sampingan Bagi Sesiapa Yang Mencari Kerja Part Time

3:14:00 PTG

Ramai yang mencari bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung kos perbelanjaan harian sementara menunggu gaji.


Topik ini sebenarnya lebih pada kemampuan diri kerana setiap insan mempunyai minat dan kepakaran tersendiri. Perkara pertama kita perlu tahu kebolehan kita pada tahap mana jika minat memasak sila ceburi bidang masakan iaitu ambil tempahan atau manfaatkan penjualan makanan secara digital.


Berdasarkan situasi ekonomi sekarang sangat disarankan ceburi bidang yang kurang menggunakan kos. Namun anda juga dinasihat supaya tidak terpedaya dengan program Multi Level Marketing(MLM) kerana mereka mempunyai terma syarat tersendiri contohnya wajib beli produk mereka untuk kelayakan.



Beberapa senarai kerja part time kurang menggunakan kos yang boleh anda cuba selepas waktu kerja mahupun pada hari minggu.


P-Hailing - Terbuka kepada Lelaki dan Wanita, pula bidang ini masih mempunyai permintaan tambahan lagi jika di lembah klang atau kawasan bandar.


Penulisan - Bidang ini sangat meluas contoh blog, novel, e-book. Tapi untuk menerima pendapatan secara segera kena cari pembangun blog tempatan yang memerlukan bantuan.


Dropship - Perlu mempunyai jumlah pengaruh yang tinggi terutama di sosial media dan pandai menarik tumpuan orang ramai malangnya tidak ramai yang berjaya membuat jualan dalam bidang ini kerana pesaing suka letak harga dibawah harga pasaran.


Graphic Designer - Memerlukan kreativiti dan mahir dalam penggunaan adobe photoshop untuk reka cipta logo atau apa-apa yang berkaitan. Diluar juga mempunyai pelbagai tempat yang menyediakan kursus ini namun semenjak penggunaan Ai diperluaskan permintaan menjadi rendah dan sukar mencari prospek.


Senarai platform antarabangsa untuk mencari kerja part time

- Upwork

- Freelancer

- Fiverr

- Toptal

- Guru

- PeoplePerHour

- SimplyHired

- 99designs

- freelancewritinggigs


Sebelum anda mendaftar atau persetujui mana-mana projek pastikan telah membaca dan fahami setiap terma syarat platform dan prospek.


Anda juga dinasihati supaya tidak membuat sebarang pembayaran pada client untuk dapatkan projek kerana konsep dia sangatlah mudah iaitu mereka memerlukan kepakaran jadi kenapa pula kita yang kena bayar oleh itu sila peka dengan pelbagai teknik penipuan didalam platform yang telah disenaraikan diatas.


Rakyat di negara Eropah ramai yang sudah beralih kepada bidang pekerjaan remote secara Freelance namun di negara Asia seperti Malaysia kelihatan masih belum dapat persetujuan dari mana-mana syarikat tempatan.


Sumbangan Iftar Ramadhan Madani Sebanyak 10,000 Juadah Berbuka Puasa Disediakan JAKIM

10:16:00 PTG

Sebanyak 10,000 juadah berbuka puasa disediakan kepada pengunjung terawal, dialu-alukan jemputan membawa tikar dan juadah sampingan masing-masing.


sumbangan iftar ramadhan

Berita baik buat warga lembah klang dan yang berhampiran dimana pada 28Mac2024 ini bermula jam 5 petang ada program Majlis Iftar Madani secara terbuka di lokasi Dataran Putra, Persint 1, Putrajaya. Sila hadir awal supaya para jemputan dapat membuat persiapan untuk berbuka puasa.



Majlis iftar Madani bersama YAB Perdana Menteri Malaysia semestinya ramai pengunjung jadi pastikan anda membuat persiapan yang baik terutama bagi yang ada anak kecil. Sila pantau barangan peribadi anda serta anak-anak kecil, paling utama sama-sama kita jaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata.



 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)